Ada satu soalan tu begini..
"Apakah cara terbaik untuk belajar bahasa Arab?"
Saya tulis: "by discussion and mentoring"
[berbincang dan tunjuk ajar]
-----------------------------------
Sejurus saya terfikir mengapa menjadi cikgu itu mulia [jauhnya saya mencari korelasi]
Cikgu, ajarkan ilmu pada orang lain. Langsung, padanya ilmu itu makin berkembang sebab segala informasi berulang-ulang dan dikongsi dengan orang lain.
- Memori seorang guru akan sentiasa bergerak aktif dalam mengingati segala info dan fakta.
- Memori guru akan mengenal pasti segala alternatif (cara ajar lebih berkesan) dan apa-apa yang kurang dalam teori yang diajarnya
- Memori guru akan sentiasa memantau ilmu-ilmu dan memastikan ilmu itu tersampai pada pelajarnya.
Guru :)

Informasi dari 'short term memory' [ingatan jangka pendek] akan berpindah ke 'long term memory' [ingatan jangka panjang] bila diransang, diulang-ulang dan dilatih.
Jadi, bila segala data dah masuk ke long term memory kita, ia akan bertahan lama. Kita masih ingat detik kali pertama masuk sekolah? Masih ingat hadiah hari lahir waktu usia 10 tahun?
Cuma, akan jadi juga fenomena LUPA pada diri manusia, jika data-data tak dilatih, tak diulang. Ini dalam teori lupa. Lupa terjadi kerana 2 perkara.
- memory decay, atau pupus sebab tak diulang, dah terlalu lama.
- memory interference, ini terjadi sebab data yang ada telah diganggu oleh data yang lama atau data yang baru.

Lantas, sebagai konklusi, dalam pelajaran, kena selau di 'rehearse' atau ulangkaji, dibuat latihan dan lebih baik diamalkan. Dalam konteks belajar bahasa arab contohnya, lebih baik jika adanya komunikasi dua hala dan diskusi. Jika pelajar pasif, maka pensyarah atau cikgu tak tahu, mana bab yang tak difahami.
------------------------------------
Nah, ini mungkin teori-teori lama. Cuma, ia tercetus untuk saya kongsikan sebagai seorang pelajar. Jika mengajar orang, ilmu akan tersalur mencapah. Ramai akan dapat manfaat.
Dan Tuan punya diri turut terima tempiasnya; keberkatan berkongsi kebaikan, dan kelangsungan ilmu yang menjadi manfaat pada diri sendiri dan orang lain.

Patutlah Islam sangat menitikberatkan supaya ilmu itu disebar-sebarkan, dikongsi dengan yang lain. Amalan itu akan berpanjangan hingga terputus nyawa. Masih menjadi landasan untuk memperoleh keberkatan dari Tuhan. SubhanaAllah.
Allahu a'lam :)
2 comments:
Teori Minda nie satu artikel yang bagus,..
Memang kita sering lupa jika tidak mempraktiskan sesuatu yang kita ingat...
cukup menarik .. dan patut dijadikan panduan...
peringatan kepada diri sendiri
mekasih sudi kirim respond anda :) manusia mmg cepat benar lupa, patutlah kena dup dlm Ummah, barulah ada org boleh ingatkn kita selalu :)
Post a Comment